Saturday, February 28, 2009

JAMUAN PERPISAHAN DI AWANA









Majlis makan-makan sempena perpindahan Tn Hj Manap Jarkasi, Pengetua Kanan SM3KB, yang akan mula bertugas di sekolah baru mulai 2/3/09 telah diadakan di Dewan Kenari, Awana Genting Highlands pada Jumaat 270209. Gambar peristiwa ikhsan Kaunselor Rasidi dari blognya http://abdulrasidi.blogspot.com

Friday, February 13, 2009

BG MAWAR & MELOR

Untuk mengelakkan kekeliruan Bilik Guru kini dinamakan Bilik Guru Mawar dan Bilik Guru Melor. Atas persetujuan AJK Kestaf kerja-kerja menyusun semula kedudukan meja kerusi bilik guru telah dimulakan. Tahniah dan terima kasih kepada penghuni BG MAWAR kerana telah berjaya menyusun kedudukan kerusi meja yang nampak lebih kemas dan teratur.



Kepada penghuni BG MELOR pihak pengurusan sekolah berharap perubahan dapat dibuat segera. Ikutlah contoh BG MAWAR.

Wednesday, February 11, 2009

AKTIVITI PERTAMA KESTAF

Mesyuarat AJK KESTAF kali pertama yang adakan pada hari Rabu 11 Februari 2009 telah membuat beberapa ketetapan mengikut keutamaan.
1. Pembentukan Biro
- Biro Keceriaan diketuai En Nor Azmi
- Biro Perabot - diketuai En Mohd Jaiferi
- Biro Kebersihan - diketuai En Abd Rashid
- Biro Pantry - diketuai Pn Sofiah
- Biro Jamuan/ Pot Luck - diketuai Pn Norhayati
- Biro Jamuan Akhir Tahun - diketuai En Masron
- Biro Hari Keluarga - diketuai En Rosli Jamil
- Biro Sukan - diketuai En Abd Halim
- Biro Lawatan - diketuai Tn Hj Zainal
- Biro Kerohanian/Kebajikan - diketuai En Mohd Diah
- Biro Perhubungan - diketuai En Abd Aziz
- Biro Bilik Pengurusan - diketuai En Zulkornain
- Biro Pejabat Am - diketuai En Nusrani
- Biro Aduan & Seranta - diketuai Tn Syed Hassan

2. Mengemas dan menyusun semula kedudukan meja kerusi bilik guru yang perlu diselesaikan sebelum bulan Mac. Tindakan Biro Keceriaan, Perabot dan Kebersihan.

ADA ADUAN?

Sekiranya ahli KESTAF ada sebarang aduan (berkaitan pengurusan sekolah - bukan urusan peribadi ye) boleh berhubung dengan ahlui BIRO ADUAN iaitu Tn Syed Adhar Syed Mohd Zin, Pn Rozlinna Ishak dan En Law Eng Tuan. Biro ini diketuai oleh Tn Syed Hassan Syed Mohamad (GPB) . Aduan boleh disampaikan secara lisan, bertulis,telefon (0173159636) atau email kepada gpbbea5061@gmail.com. Semua aduan akan diambil tindakan sedayaupayanya.