Sunday, March 18, 2012

Ikan bakar ke 2

Jumaat,16.3.12 - Sekali lagi jamuan makan-makan ikan bakar sesama staf pejabat dan ajk kestaf. Sambil itu operasi pembersihan pejabat dapat dilaksanakan. Kali ni ada keli, tilapia, kerang & jagung dibakar...sambal special buatan tempatan..terbaik dr kilang.

Tuesday, March 13, 2012

Ziarah seseorang..

Selasa, 13.3.12 - Pengerusi bersama AJK dan staf pejabat telah menziarah Penyelia Asrama, Pn Sarina Md Anip yang telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Selayang atas sebab2 kesihatan yang meruncing. Turut hadir PK 1, PK Koku, Kaunselor Yati, Cikgu Zainal, Pn Shanti, Pn Da dan Pn Hazimah(AJK Kestaf). Sama-sama kita doakan kesihatan beliau akan pulih, InsyaAllah.

Tuesday, March 6, 2012

Solat Hajat

Rabu, 7.3.12 - Solat hajat khas untuk kesihatan & sejahteraan keluarga Tn Hj Manap, pengetua SM3KB telah diadakah awal pagi tadi bertempat di surau sekolah. Walaupun tidak ramai tapi cukup untuk mewakili semua staf SM3KB semoga dimakbulkan doa serta hajat yang murni ini.