Tuesday, November 10, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 13 November 2009 bertempat di Kelab Golf n Resort Bukit Beruntung. Acara bermula jam 3.30 ptg dan berakhir lewat petang. Selepas acara makan-makan dan penyampaian hadiah, acara bowling dan berenang dalam kolam diadakan. Ramai staf yang berminat bermain bowling sementara yang membawa anak-anak terpaksalah bersantai di tepi kolam sambil mengawasi aktiviti dalam kolam. Tukang catat sampai lambat dek kerana berada di Cameron Highlands pagi tu dan sempat berada dalam majlis jam 4.30 ptg. Tiada gambar untuk dirakamkan.

Wednesday, October 21, 2009

KEJAYAAN KESTAF 2009

Selepas dengan jayannya menganjurkan Hari Keluarga KESTAF 2009 di Pulau Pangkor pada 17-18 Oktober lalu, kini JK sedang merancang untuk mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Kelab Golf Bukit Beruntung pada 13 November 2009. Majlis dijadualkan bermula jam 2.00 petang dengan pelbagai acara yang diatur rapi. Tahniah kepada JK Kestaf 2009 kerana berjaya mengurus Kestaf dengan pengisian program yang dapat mengeratkan hubungan ahli KeStaf SM3KB.

Wednesday, August 12, 2009

HARI KELUARGA 2009

KESTAF SM3KB sedang merancang untuk menganjurkan Hari Keluarga dan sekali gus jamuan akhir tahun KESTAF di Pulau Pangkor. Atas persetujuan bersama pelbagai aktiviti telah diatur pada hari tersebut. Maklumat terkini berhubung program ini :
TARIKH : 17 - 18 OKTOBER 2009
TEMPAT : PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR
KOS PENGINAPAN:
Bilik Hotel - (Suami,isteri &1 anak) RM135.00
Chalet - Bayu Villa (4 orang) RM 190.00
Perbelanjaan tambahan : Feri (pergi/balik) Dewasa - RM10.00 seorang
Kanak-kanak RM8.00 seorang
Van (pergi/balik) RM2.00 seorang
Annual Dinner&BBQ = Ahli Kestaf RM20.00
Bukan ahli Dewasa RM 40.00 seorang
Kanak2 - RM 20.00 seorang
Sarapan pagi (18/10/09) Chalet / Hotel - percuma 2 orang
tambahan - dewasa RM15.00 seorang
kanak2 - RM8.00seorang
Telematch - 5 permainan Dewasa RM10.00 seorang
Kanak2 - RM5.00 seorang
Lain-lain pilihan : snorkelling & island hopping - RM25.00 (dewasa) / RM15.00 (kanak2)
Aturcara dirancang:
17/10/09 - 7.00 pagi Bertolak ke Lumut ( kenderaan masing-masing)
11.00 pagi - Berkumpul di Lumut - makan tengahari ( tanggungan sendiri)
12.00 tgh - Berkumpul di Jeti - naik feri ke Pangkor ( tiket diurus oleh Urussetia)
- sampai di Pangkor - naik van ke resort (diurus oleh Urussetia)
2.00 ptg - checkin - aktiviti bebas - minum petang (sendiri), snorkeling & island hopping (perlu dimaklumkan kepada Urussetia)
8.00 mlm - Annual Dinner tepi kolam hotel (pakaian batik rasmi- hijau)

18/10/09 - 6.30 -7.30 pg - Sarapan
8.00 - 11.00 pg - Telematch - (pakaian T-shirt seragam)
12.00 tgh - checkout dan berkumpul di lobby hotel.
12.30 ptg - naik van ke jeti
1.30 ptg - naik feri ke Lumut - makan tenghari (masing-masing)
Bertolak balik.

Untuk memeriahkan program ini, semua yang terlibat diharap dapat memakai T-shirt seragam bertemakan hari tersebut. Usaha sedang dibuat untuk mendapatkan penajaan untuk tujuan ini. KESTAF meminta kerjasama ahli jika ada yang boleh membantu mencari penaja untuk menjayakan program ini.

Thursday, April 23, 2009

Selamat Tinggal SM3KB

Hari ini 24 April 2009 merupakan hari terakhir kepada semua pelatih UPSI yang telah menjalankan latihan praktikum di SM3KB selama 4 bulan. Untuk meraikan mereka, KESTAF telah mengadakan jamuan perpisahan. Majlis juga turut meraikan guru-guru yang dilahirkan dalam bulan April. Kepada bakal guru UPSI diucapkan Selamat Bertugas di sekolah yang akan ditentukan kelak. Semoga kenangan dan pengalaman di sini dapat membantu kalian di tempat baru nanti.

Monday, March 30, 2009

Mesyuarat JK kali ke 2

Mesyuarat akan berlangsung pada hari Selasa 31 Mac 2009 pada jam 2.00 ptg. Hasil mesyuarat akan diketahui selepas ini......!

Saturday, February 28, 2009

JAMUAN PERPISAHAN DI AWANA









Majlis makan-makan sempena perpindahan Tn Hj Manap Jarkasi, Pengetua Kanan SM3KB, yang akan mula bertugas di sekolah baru mulai 2/3/09 telah diadakan di Dewan Kenari, Awana Genting Highlands pada Jumaat 270209. Gambar peristiwa ikhsan Kaunselor Rasidi dari blognya http://abdulrasidi.blogspot.com

Friday, February 13, 2009

BG MAWAR & MELOR

Untuk mengelakkan kekeliruan Bilik Guru kini dinamakan Bilik Guru Mawar dan Bilik Guru Melor. Atas persetujuan AJK Kestaf kerja-kerja menyusun semula kedudukan meja kerusi bilik guru telah dimulakan. Tahniah dan terima kasih kepada penghuni BG MAWAR kerana telah berjaya menyusun kedudukan kerusi meja yang nampak lebih kemas dan teratur.



Kepada penghuni BG MELOR pihak pengurusan sekolah berharap perubahan dapat dibuat segera. Ikutlah contoh BG MAWAR.

Wednesday, February 11, 2009

AKTIVITI PERTAMA KESTAF

Mesyuarat AJK KESTAF kali pertama yang adakan pada hari Rabu 11 Februari 2009 telah membuat beberapa ketetapan mengikut keutamaan.
1. Pembentukan Biro
- Biro Keceriaan diketuai En Nor Azmi
- Biro Perabot - diketuai En Mohd Jaiferi
- Biro Kebersihan - diketuai En Abd Rashid
- Biro Pantry - diketuai Pn Sofiah
- Biro Jamuan/ Pot Luck - diketuai Pn Norhayati
- Biro Jamuan Akhir Tahun - diketuai En Masron
- Biro Hari Keluarga - diketuai En Rosli Jamil
- Biro Sukan - diketuai En Abd Halim
- Biro Lawatan - diketuai Tn Hj Zainal
- Biro Kerohanian/Kebajikan - diketuai En Mohd Diah
- Biro Perhubungan - diketuai En Abd Aziz
- Biro Bilik Pengurusan - diketuai En Zulkornain
- Biro Pejabat Am - diketuai En Nusrani
- Biro Aduan & Seranta - diketuai Tn Syed Hassan

2. Mengemas dan menyusun semula kedudukan meja kerusi bilik guru yang perlu diselesaikan sebelum bulan Mac. Tindakan Biro Keceriaan, Perabot dan Kebersihan.

ADA ADUAN?

Sekiranya ahli KESTAF ada sebarang aduan (berkaitan pengurusan sekolah - bukan urusan peribadi ye) boleh berhubung dengan ahlui BIRO ADUAN iaitu Tn Syed Adhar Syed Mohd Zin, Pn Rozlinna Ishak dan En Law Eng Tuan. Biro ini diketuai oleh Tn Syed Hassan Syed Mohamad (GPB) . Aduan boleh disampaikan secara lisan, bertulis,telefon (0173159636) atau email kepada gpbbea5061@gmail.com. Semua aduan akan diambil tindakan sedayaupayanya.