Thursday, December 29, 2011

PERUBAHAN JAWATANKUASA KESTAF 2012

Khamis, 2912.11 - Mesyuarat Agung Kestaf untuk tahun 2012 telah diadakan lewat jam 1 tgh di Bilik Mesyuarat SM3KB. Mesyuarat dipengerusi sementarakan oleh Tn Hj Manap bin Jarkasi, Pengetua Cemerlang SM3KB merangkap Penasihat KESTAF SM3KB. Pembentangan Minit Mesyuarat dan Penyata Kewangan tahun 2011 tidak mendapat sebarang bangkangan dan diluluskan sebulat suara. Mesyuarat telah merakamkan penghaargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi KESTAF 2011 serta ahli Jawatankuasany yang telah memimpin dan menguruskan KESTAF dengan cemerlang dan jayanya. Pemilhan JK tahun 2012 telah disempurnakan dengan keputusan seperti berikut :
PENASIHAT : TN HJ MANAP BIN JARKASI
PENGERUSI : CIKGU SYED HASSAN BIN HJ SYED MOHAMAD
NAIB PENGERUSI : CIKGU SULAIMAN BIN MOKHTAR
SETIAUSAHA ; CIKGU MAINIROH BT KHALID
PEN SETIAUSAHA : CIKGU ZOLFAH BT WAHAB
BENDAHARI : CIKGU NORA BT RAMLI
PEN BENDAHARI : CIKGU NURUL IMAH BT IBRAHIM
AJK : CIKGU JAMARIAH AHMAD , CIKGU SALMAH BT IBRAHIM, CIKGU ZULFAKAR ZAINAL ABIDIN, EN NAZZARY SHAMSUDDIN (K.K), PN NOOR SAILAWATI SAADIN (JTK) DAN PN HAZIMAH (KPMAKMAL).
JURUODIT : CIKGU HAFIZAH DAN CIKGU MOHAN RAJA

OLEH KERANA BILANGAN JK PERLU GANJIL, MINTA DICADANGKAN SEORANG LAGI UNTUK MENGISI TEMPAT KE 13 DENGAN KADAR SEGERA. TERIMA KASIH.

MESYUARAT JK KALI PERTAMA AKAN DIADAKAN PADA HARI RABU 4 JANUARI 2011 JAM 2.00 PTG (SEBELUM MESYUARAT JK DISIPLIN & MKP) BERTEMPAT DI DEWAN BESTARI SM3KB. SEBARANG KETIDAKSESUAIAN SILA HUBUNGI O13-6022095 -PENGERUSI.

Sunday, May 8, 2011

Friday, May 6, 2011

Bowling di Bukit Beruntung

JUmaat,6.5.11 - Pesta boling antara kestaf dan keluarga diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung.

Sunday, February 27, 2011

Rehlah di Kalumpang Resort



Sabtu, 26.2.11 - Aktiviti pertama luar kawasan sekolah anjuran KESTAF telah berjaya dilangsungkan di Kalumpang Resort. Bermula seawal 8 pagi hingga ke petang, kawasan yang nyaman dan damai, dikelilingi pokok-pokok nan hijau, didendangkan alunan aliran sungai yang jernih lagi bersih sungguh mengujakan. Kawasan dipilih sangat sesuai untuk outing seperti ini. Bekalan makanan yang dikongsi secara pot luck jauh lebih mewah jika dicater. Pilihan makanan sungguh melimpah ruah daripada nasi berlauk, nasi lemak, nasi goreng 3 rasa, mee goreng..blum lagi yang dibakar - jagung, kerang, sosej, ikan cencaru, ikan kembung, ikan tilapia, ayam dan kambing. Keriangan bermain air bukan saja dinikmati oleh anak-anak tetapi juga oleh bapa anak dan mak anak. Kehadiran Pengetua turut menyerikan acara yang girang gemilang ini. Sungguh meriahlah senang cerita. Tak percaya tengok sendiri di http://www.26211dkalumpang.blogspot.com/