Thursday, October 11, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN 2012

 
Jamuan akhir tahun KeStaf yang dicadangkan di Peransang Templer Golf CLub pada 3 November 2012 hari Sabtu bermula jam 2 petang tidak dapat diadakan atas sebab-sebab tertentu. Aktiviti ditunda ke 17 Disember 2012 dengan cadangan awal di Dewan Bestari SM3KB selepas Mesyuarat Guru 1/2013. Walaupun tempatnya bertukar ke rumah Pengetua, jamuan tetap diadakan bagi meraikan perkahwinan Tn Hj Manap bin Jarkasi (telah bernikah pada 15.12.12).Satu lagi peluang ditawarkan kepada semua ahli KESTAF untuk meraikan makan malam Tahun Baru 2013 di Perangsang Templer Golf Club (31.12.12) bermula jam 7.00 mlm. Staf yang berminat dijemput hadir.

Monday, April 9, 2012

HARI KELUARGA 2012

Hari Keluarga KeSTAF akan diadakan pada hari Rabu 11 April 2012 di Tapak Rekreasi Alor Lempah, Ampang Pecah bermula 10.00 pagi. Hidangan adalah potluck disertai juadah bakar-bakar ikan,sotong,udang,ubi,keledek,jagung dan apa saja yang dibawa untuk dibakar. Aktiviti termasuk menjala ikan, menyodok udang, mengorek remis, mandi sungai dan apa saja yang boleh dibuat di tapak rekreasi ini. Semua ahli KeStaf dijemput hadir bersama keluarga masing-masing.
Lokasi tapak rekreasi Alor Lempah -lorong kecil sebelum jembatan menyelusuri Sungai Selangor selepas SMKAP dari laluan KKB atau selepas jembatan dari laluan RASA.
10 pagi... 11.04.12 - Dalam hujan renyai-renyai aktiviti yang dirancang tetap diteruskan. Persediaan bermula jam 9.30 pagi.... dan makan2 bermula seawal 11.30 pagi... cuaca pun telah kembali cerah. Tema Cintai Sungai Kita telah dapat diterapkan di kalangan anak-anak staf yang hadir dan merasai keindahan serta kenikmatan alam ciptaan Allah s.w.t. Slot yang dapat diselitkan ucapan Penyelaras DUN Hulu Bernam Tn Hj Abd Sukor bin Ali, Tazkirah dan doa oleh Us Wan Mohd Nor dan penerangan kesihatan oleh Sdr Raj Kumar dari TASLY. Tidak terasa waktu berlalu begitu pantas...hidangan yang pelbagai sudah tidak mampu dijamah dek kekenyangan berlebihan... mandi sungai pun dah penat... taupau pun dah selesai....apa pun ucapan terima kasih kepada keluarga yang hadir - Cikgu Maniza, Cikgu Wan Shamsiah, Cikgu Zulfakar, Pn Shanti, Pn Ct Murni, Cikgu Ct Noor, En Nazary, Pn Da Amitah, Cikgu Zalita, Cikgu Ct Safiah, Cikgu Suhaini, Cikgu Azma dengan keluarga masing2 dan kepada guru2 yang tidak hadir tapi sudi menghulur sumbangan, lebih-lebih lagi kepada Cikgu Rosli Jamil& Harmyzah yang telah menyediakan khemah,kerusi & meja tambahan dan turut menyediakan PA System.. kalau harapkan yang ditugaskan... hadir pun tidak. Bersedialah untuk aktiviti seterusnya... katanya di Langkawi!!!

Sunday, March 18, 2012

Ikan bakar ke 2

Jumaat,16.3.12 - Sekali lagi jamuan makan-makan ikan bakar sesama staf pejabat dan ajk kestaf. Sambil itu operasi pembersihan pejabat dapat dilaksanakan. Kali ni ada keli, tilapia, kerang & jagung dibakar...sambal special buatan tempatan..terbaik dr kilang.

Tuesday, March 13, 2012

Ziarah seseorang..

Selasa, 13.3.12 - Pengerusi bersama AJK dan staf pejabat telah menziarah Penyelia Asrama, Pn Sarina Md Anip yang telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Selayang atas sebab2 kesihatan yang meruncing. Turut hadir PK 1, PK Koku, Kaunselor Yati, Cikgu Zainal, Pn Shanti, Pn Da dan Pn Hazimah(AJK Kestaf). Sama-sama kita doakan kesihatan beliau akan pulih, InsyaAllah.

Tuesday, March 6, 2012

Solat Hajat

Rabu, 7.3.12 - Solat hajat khas untuk kesihatan & sejahteraan keluarga Tn Hj Manap, pengetua SM3KB telah diadakah awal pagi tadi bertempat di surau sekolah. Walaupun tidak ramai tapi cukup untuk mewakili semua staf SM3KB semoga dimakbulkan doa serta hajat yang murni ini.

Sunday, January 29, 2012