Tuesday, November 10, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 13 November 2009 bertempat di Kelab Golf n Resort Bukit Beruntung. Acara bermula jam 3.30 ptg dan berakhir lewat petang. Selepas acara makan-makan dan penyampaian hadiah, acara bowling dan berenang dalam kolam diadakan. Ramai staf yang berminat bermain bowling sementara yang membawa anak-anak terpaksalah bersantai di tepi kolam sambil mengawasi aktiviti dalam kolam. Tukang catat sampai lambat dek kerana berada di Cameron Highlands pagi tu dan sempat berada dalam majlis jam 4.30 ptg. Tiada gambar untuk dirakamkan.