Monday, April 9, 2012

HARI KELUARGA 2012

Hari Keluarga KeSTAF akan diadakan pada hari Rabu 11 April 2012 di Tapak Rekreasi Alor Lempah, Ampang Pecah bermula 10.00 pagi. Hidangan adalah potluck disertai juadah bakar-bakar ikan,sotong,udang,ubi,keledek,jagung dan apa saja yang dibawa untuk dibakar. Aktiviti termasuk menjala ikan, menyodok udang, mengorek remis, mandi sungai dan apa saja yang boleh dibuat di tapak rekreasi ini. Semua ahli KeStaf dijemput hadir bersama keluarga masing-masing.
Lokasi tapak rekreasi Alor Lempah -lorong kecil sebelum jembatan menyelusuri Sungai Selangor selepas SMKAP dari laluan KKB atau selepas jembatan dari laluan RASA.
10 pagi... 11.04.12 - Dalam hujan renyai-renyai aktiviti yang dirancang tetap diteruskan. Persediaan bermula jam 9.30 pagi.... dan makan2 bermula seawal 11.30 pagi... cuaca pun telah kembali cerah. Tema Cintai Sungai Kita telah dapat diterapkan di kalangan anak-anak staf yang hadir dan merasai keindahan serta kenikmatan alam ciptaan Allah s.w.t. Slot yang dapat diselitkan ucapan Penyelaras DUN Hulu Bernam Tn Hj Abd Sukor bin Ali, Tazkirah dan doa oleh Us Wan Mohd Nor dan penerangan kesihatan oleh Sdr Raj Kumar dari TASLY. Tidak terasa waktu berlalu begitu pantas...hidangan yang pelbagai sudah tidak mampu dijamah dek kekenyangan berlebihan... mandi sungai pun dah penat... taupau pun dah selesai....apa pun ucapan terima kasih kepada keluarga yang hadir - Cikgu Maniza, Cikgu Wan Shamsiah, Cikgu Zulfakar, Pn Shanti, Pn Ct Murni, Cikgu Ct Noor, En Nazary, Pn Da Amitah, Cikgu Zalita, Cikgu Ct Safiah, Cikgu Suhaini, Cikgu Azma dengan keluarga masing2 dan kepada guru2 yang tidak hadir tapi sudi menghulur sumbangan, lebih-lebih lagi kepada Cikgu Rosli Jamil& Harmyzah yang telah menyediakan khemah,kerusi & meja tambahan dan turut menyediakan PA System.. kalau harapkan yang ditugaskan... hadir pun tidak. Bersedialah untuk aktiviti seterusnya... katanya di Langkawi!!!