Sunday, February 27, 2011

Rehlah di Kalumpang Resort



Sabtu, 26.2.11 - Aktiviti pertama luar kawasan sekolah anjuran KESTAF telah berjaya dilangsungkan di Kalumpang Resort. Bermula seawal 8 pagi hingga ke petang, kawasan yang nyaman dan damai, dikelilingi pokok-pokok nan hijau, didendangkan alunan aliran sungai yang jernih lagi bersih sungguh mengujakan. Kawasan dipilih sangat sesuai untuk outing seperti ini. Bekalan makanan yang dikongsi secara pot luck jauh lebih mewah jika dicater. Pilihan makanan sungguh melimpah ruah daripada nasi berlauk, nasi lemak, nasi goreng 3 rasa, mee goreng..blum lagi yang dibakar - jagung, kerang, sosej, ikan cencaru, ikan kembung, ikan tilapia, ayam dan kambing. Keriangan bermain air bukan saja dinikmati oleh anak-anak tetapi juga oleh bapa anak dan mak anak. Kehadiran Pengetua turut menyerikan acara yang girang gemilang ini. Sungguh meriahlah senang cerita. Tak percaya tengok sendiri di http://www.26211dkalumpang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment