Khamis, 2912.11 - Mesyuarat Agung Kestaf untuk tahun 2012 telah diadakan lewat jam 1 tgh di Bilik Mesyuarat SM3KB. Mesyuarat dipengerusi sementarakan oleh Tn Hj Manap bin Jarkasi, Pengetua Cemerlang SM3KB merangkap Penasihat KESTAF SM3KB. Pembentangan Minit Mesyuarat dan Penyata Kewangan tahun 2011 tidak mendapat sebarang bangkangan dan diluluskan sebulat suara. Mesyuarat telah merakamkan penghaargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi KESTAF 2011 serta ahli Jawatankuasany yang telah memimpin dan menguruskan KESTAF dengan cemerlang dan jayanya. Pemilhan JK tahun 2012 telah disempurnakan dengan keputusan seperti berikut :
PENASIHAT : TN HJ MANAP BIN JARKASI
PENGERUSI : CIKGU SYED HASSAN BIN HJ SYED MOHAMAD
NAIB PENGERUSI : CIKGU SULAIMAN BIN MOKHTAR
SETIAUSAHA ; CIKGU MAINIROH BT KHALID
PEN SETIAUSAHA : CIKGU ZOLFAH BT WAHAB
BENDAHARI : CIKGU NORA BT RAMLI
PEN BENDAHARI : CIKGU NURUL IMAH BT IBRAHIM
AJK : CIKGU JAMARIAH AHMAD , CIKGU SALMAH BT IBRAHIM, CIKGU ZULFAKAR ZAINAL ABIDIN, EN NAZZARY SHAMSUDDIN (K.K), PN NOOR SAILAWATI SAADIN (JTK) DAN PN HAZIMAH (KPMAKMAL).
JURUODIT : CIKGU HAFIZAH DAN CIKGU MOHAN RAJA
OLEH KERANA BILANGAN JK PERLU GANJIL, MINTA DICADANGKAN SEORANG LAGI UNTUK MENGISI TEMPAT KE 13 DENGAN KADAR SEGERA. TERIMA KASIH.
MESYUARAT JK KALI PERTAMA AKAN DIADAKAN PADA HARI RABU 4 JANUARI 2011 JAM 2.00 PTG (SEBELUM MESYUARAT JK DISIPLIN & MKP) BERTEMPAT DI DEWAN BESTARI SM3KB. SEBARANG KETIDAKSESUAIAN SILA HUBUNGI O13-6022095 -PENGERUSI.
Thursday, December 29, 2011
Sunday, May 8, 2011
Friday, May 6, 2011
Bowling di Bukit Beruntung
JUmaat,6.5.11 - Pesta boling antara kestaf dan keluarga diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung.
Sunday, February 27, 2011
Rehlah di Kalumpang Resort
Sabtu, 26.2.11 - Aktiviti pertama luar kawasan sekolah anjuran KESTAF telah berjaya dilangsungkan di Kalumpang Resort. Bermula seawal 8 pagi hingga ke petang, kawasan yang nyaman dan damai, dikelilingi pokok-pokok nan hijau, didendangkan alunan aliran sungai yang jernih lagi bersih sungguh mengujakan. Kawasan dipilih sangat sesuai untuk outing seperti ini. Bekalan makanan yang dikongsi secara pot luck jauh lebih mewah jika dicater. Pilihan makanan sungguh melimpah ruah daripada nasi berlauk, nasi lemak, nasi goreng 3 rasa, mee goreng..blum lagi yang dibakar - jagung, kerang, sosej, ikan cencaru, ikan kembung, ikan tilapia, ayam dan kambing. Keriangan bermain air bukan saja dinikmati oleh anak-anak tetapi juga oleh bapa anak dan mak anak. Kehadiran Pengetua turut menyerikan acara yang girang gemilang ini. Sungguh meriahlah senang cerita. Tak percaya tengok sendiri di http://www.26211dkalumpang.blogspot.com/
Monday, March 1, 2010
KESTAF RAIKAN EN AHMAD FAUZI
Kestaf SM3KB telah meraikan persaraan En Ahmad Fauzi bin Mohd Zin, kaunselor yang telah bertugas di sini sejak tahun 2000. KESTAF memilih lokasi di Rumah Rehat KKB. Majlis diadakan mulai jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 ptg. Kesedihan terasa namun telah dapat disorok dengan kisah-kisah lucu yang disampaikan oleh Cikgu Fauzi ketika mengimbau kenangan dan pengalaman selama menjadi guru / kaunselor. KESTAF merakamkan penghargaan kepada Cikgu Fauzi atas segala sumbangan beliau kepada warga SM3KB khususnya para pelajar. Ketiadaan Cikgu Fauzi akan dirasai namun ikatan persahabatan akan tetap tersimpul mati....dan pada masa dan ketika lain peluang untuk bersama beliau masih ada.
Tuesday, November 10, 2009
JAMUAN AKHIR TAHUN 2009
Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 13 November 2009 bertempat di Kelab Golf n Resort Bukit Beruntung. Acara bermula jam 3.30 ptg dan berakhir lewat petang. Selepas acara makan-makan dan penyampaian hadiah, acara bowling dan berenang dalam kolam diadakan. Ramai staf yang berminat bermain bowling sementara yang membawa anak-anak terpaksalah bersantai di tepi kolam sambil mengawasi aktiviti dalam kolam. Tukang catat sampai lambat dek kerana berada di Cameron Highlands pagi tu dan sempat berada dalam majlis jam 4.30 ptg. Tiada gambar untuk dirakamkan.
Wednesday, October 21, 2009
KEJAYAAN KESTAF 2009
Selepas dengan jayannya menganjurkan Hari Keluarga KESTAF 2009 di Pulau Pangkor pada 17-18 Oktober lalu, kini JK sedang merancang untuk mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Kelab Golf Bukit Beruntung pada 13 November 2009. Majlis dijadualkan bermula jam 2.00 petang dengan pelbagai acara yang diatur rapi. Tahniah kepada JK Kestaf 2009 kerana berjaya mengurus Kestaf dengan pengisian program yang dapat mengeratkan hubungan ahli KeStaf SM3KB.
Subscribe to:
Posts (Atom)
